Jumat, 27 Januari 2012

tisp mencari perhatian wanita




(1) Jadi diri sendiri- Untuk menarik perhatian seseorang wanita, anda tidak perlu berusaha untuk menjadi orang lain. Cubalah menjadi diri anda yang sebenar. Ia kerana tarikan utama seseorang wanita adalah untuk melihat siapa diri anda dan bukannya diri orang lain.
(2) Mengawal situasi- Sememangnya adalah tanggungjawab seorang lelaki untuk mengawal sesuatu situasi itu. Untuk berjaya mengawal situasi, anda memerlukan perancangan. Rancang perkara apa yang akan dilakukan apabila anda keluar bersama dengan seseorang wanita. Ia secara tidak langsung akan menarik perhatian mereka.
(3) Jadi seorang yang misteri- Ramai lelaki yang melakukan kesalahan apabila menceritakan semua mengenai diri mereka apabila pertemuan kali pertama. Anda sepatutnya tidak perlu menceritakan semua, jadi lelaki yang sedikit misteri. Ini kerana ia akan membuatkan keinginan untuk wanita mengetahui mengenai diri anda akan bertambah dan secara tidak langsung anda sebenarnya telah menarik perhatian mereka.
(4) Mempunyai kehidupan yang sendiri- Jangan sesekali apabila anda sudah ada teman wanita, anda menghabiskan sepenuh masa bersamanya. Kerana ia sebenarnya langsung tidak menarik perhatian mereka. Lalui kehidupan anda yang sendiri seperti keluar bersama rakan, keluarga, dan sebagainya. Cara ini juga adalah terbaik untuk mengelakkan daripada rasa bosan.
(5) Jadi seorang yang sukar dijangka- Wanita sememangnya suka akan kejutan. Jangan sesekali biarkan mereka dapat menjangkakan tindakan anda terhadap satu-satu situasi itu. Biarkan mereka terkejut dan perkara itulah sebenarnya yang menarik perhatian mereka.
(6) Bersikap santai- Anda seharusnya tidak patut kelihatan seperti seorang lelaki yang terdesak, sebaiknya anda bersederhana sahaja didalam perhubungan. Walaupun anda terlalu menyayangi seseorang wanita sekalipun, tidak perlulah anda terlalu berusaha kearahnya. Kerana ia akan membuatkan mereka kurang untuk menghargai anda.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar